Penganjuran Program Klinik Asas Sukan Budak Kampung

0

Sungai Buloh -11 Mac 2023

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan Program Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 pada 11 dan 12 Mac 2023 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang dan Padang Bola Sepak Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Penganjuran Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 ini, adalah merupakan kesinambungan program Kejohanan Piala Budak Kampung (PBK). Program yang berlangsung selama dua hari ini memfokuskan tiga jenis sukan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw dan Bola Jaring dengan menumpukan penyertaan bermula dari umur 10 hingga 17 tahun.

Klinik Asas Sukan ini melibatkan sesi latihan yang dikendalikan oleh bekas-bekas atlet yang pernah mengharumkan nama Malaysia dan Negen Selangor antaranya Karishma a/p S. Loganathan dan Nur Fira Syuhada Hasrin (Bola Jaring), Khalid Ali, Shahrin Majid dan Hardi Jaafar (Bola Sepak} serta Farhan Adam dan Haziq Hairul Nizam (Sepak Takraw). Program julung kali diadakan ini mendapat sambutan amat menggalakkan yang menerima hampir 1000 penyertaan dan akan dibuka pada sesi-sesi seterusnya dalam tahun ini. Diharapkan penganjuran program ini dapat menjadi platform kepada para belia selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat sukan yang diasah agar menjadi atlet profesional, disamping sebagai Inisiatif Kerajan Negeri untuk terus mendekati komuniti sukan akar umbi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *