Pamungkas Berada Dalam ‘Kelas’nya Sendiri.

0

Pamungkas penyanyi yang popular menerusi lagu To The Bones itu adalah artis pertama yang membuka tirai siri Nusa Fest yang menghimpunkan pemuzik dan penyanyi solo hebat Malaysia, Singapura dan Indonesia anjuran Shiraz Projects.

Kehadirannya kali ini seolah-olah mengubat rindu peminatnya kepada sebuah leraian realiti, ternyata persembahan kali ini lebih hebat dan luar biasa pukulannya. Mungkin juga kerana tugasnya menggalas tugas sebagai artis pertama yang membuat persembahan menerusi siri Nusa Fest.

Buktinya lebih 2000 penonton telah hadir ke konsertnya yang telah hadir ke Konsert Pamungkas Live In Kuala Lumpur di Zepp KL, pada 6 Mei lalu. Meskipun ini adalah persembahan keduanya di Malaysia, namun beliau masih mampu menawan peminatnya dan ternyata beliau berada dalam ‘kelas’nya sendiri.

“Saya sangat terharu dengan sokongan daripada peminat terutama sekali saya anak bongsu dan my whole life, jarang sekali dipuji”, ujar Pamungkas ketika ditemui media sebelum konsert bermula. “I came from a family where my parents usually challenge me rather than giving me compliments jadi ketika sudah raih populariti, berbeza sekali the culture,” tambahnya.

Konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects itu mempersembahkan 23 buah lagu termasuk lagu daripada album terbarunya, Birdy. Pastinya untaian lagu yang menjadi kegemaran penonton turut dipersembahkan. Antaranya adalah Flying Solo, Risalah Hati, Kemarin, Jealousy, Monolog, One Only, To The Bone dan Kenangan Manis. Lagu Pupus dan Risalah Hati nyanyian kumpulan Dewa turut dipersembahkan kepada hadirin.

Meskipun berlaku masalah teknikal lebih kurang dalam 10 minit ketika konsert sudah berlangsung selama sejam, persembahan diteruskan lagi dengan penuh semangat dan sokongan daripada penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *