Judika kembali menghangatkan konsert di Malaysia dengan keunikannya tersendiri.

0
Foto: Maestro Ridwan.

Rockmantic Night Judika and The Gang yang berlangsung pada 21 Oktober 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur sememangnya memberi kenangan manis buat para peminat Judika kerana dapat ‘bergalau’ bersama-sama.

Konsert terbitan Dua Anak Deo dan Kharisma Music dengan kerjasama Pavillion Kuala Lumpur dan Pavillion Bukit Jalil serta rakan media Era FM ini membariskan penyanyi-penyanyi hebat seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Shila Amzah.

Dengan kehadiran penonton seramai 12 ribu orang, Axiata Arena menjadi medan ‘galau’ apabila masing-masing turut menyanyi bersama penyanyi kesayangan mereka selama 3 jam bermula jam 8 malam.

Persembahan dibuka dengan kehebatan penyanyi Malaysia iaitu Marsha Milan dan seterusnya berduet dengan penyanyi Indonesia iaitu Dnanda Anugerah.

Kehangatan diteruskan dengan penampilan Haqiem Rusli dan Shila Amzah yang telah membuat penonton gembira dengan menyampaikan beberapa lagu miliknya seperti Memori Tercipta.

Foto: Maestro Ridwan.

Kehadiran Judika and The gang ke atas pentas dimulai dengan penyanyi menyanyikan lagu “Cinta Karena Cinta” sambil menunggang motosikal. Selain itu, penyanyi tersebut turut menyanyikan lagu miliknya seperti Setengah Mati Merindu, Bukan Rayuan Gombal, Malaikat, Tak Mungkin Bersama, Sampai Akhir, Aku Tersakiti, Aamin Selamanya dan beberapa lagu lain lagi.

Vokal mantap dari Marsha Milan dan Shila Amzah rasanya tidak perlu diperdebatkan lagi apabila mereka tampil duet bersama Judika dengan menyanyikan lagu Kisah Ku Inginkan dan Bukan Dia Tapi Aku.

Judika turut menyanyikan lagu Mengintai dari Tirai Kamar milik kumpulan Exist bersama dengan Haqiem Rusli.  Setiap lagu yang dibawakan oleh Judika membawa keunikan yang tersendiri buat 12000 penonton.

Sorakan penonton yang kebanyakan anak muda menghangatkan lagi suasana di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Kemuncak malam Rockmantic Night Judika and The Gang sudah tentu membawa penampilan Judika yang menyanyikan sekali lagi lagu Cinta Karena Cinta bersama dengan artis-artis lain di atas pentas.

Konsert Rockmantic Night Judika and The gang berakhir sekitar jam 11 malam dan kebanyakkan yang hadir berpuas hati dengan barisan artis yang membuat persembahan ada malam tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *