Sixth Sense, Andra & The Backbone Kongsi Pentas.

0

Sixth Sense bakal berkongsi pentas dengan Andra & The Backbone dalam sebuah konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember ini.

Konsert yang dikenali ‘Andra & The Backbone Sempurna Di Kuala Lumpur’ adalah anjuran Qew Communication.  Meskipun berlainan negara namun nuansa muzik yang mereka perjuangkan adalah sama.

Sixth Sense yang di barisi oleh 6 orang pemuzik iaitu Adi Priyo Sambodo, (Adi) selaku vokalis, pemain dram, Safuan Hasnan, (Wan), pemain bass Mohd Fairos, (Ayoy), pemain gitar Shahrul Effend, (Atan) dan pemain gitar Mohd Zairul Azreen Shah (Harry)

Band yang diilhamkan oleh Allahyarham Mujahid Wahad ini punyai tarikan tersendiri kerana ianya menggabungkan ‘tenaga’ Malaysia dan Indonesia. Nama Sixth Sense mula meniti bibir para peminat muzik tempatan setelah kejayaan lagu Tanpa, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu, Yang Sempurna Kaku dan sebagainya.  

Meskipun begitu Sixth Sense sebenarnya menempa nama menerusi single pertama berjudul Hari Ini dan Semalam.  Biarpun hanya memberi nafas yang lebih segar lagu nyanyian J. Mizan itu, ternyata mereka berjaya mencipta fenomena menerusi lagu tersebut.

Usia Sixth Sense kini menjangkau 20 tahun berada di persada seni, pastinya pelbagai pengalaman telah mereka tempuhi, malah sejak ditubuhkan band yang bergenrekan progresif pop rock ini memiliki 5 buah album.

Untuk rekod 6ixth Sense pernah mencetuskan fenomena luar biasa apabila album pertama pada 2006 berjaya terjual lebih 100,000 unit selain lebih dua juta muat turun secara digital menerusi empat buah album studio. Jadi tidak hairanlah mengapa layak untuk berada satu pentas bersama Andra & The Backbone.

Peminat khususnya ‘Sixth Lovers’ boleh mendapatkan tiket berharga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP).  Tiket telah mula bermula 12 Oktober lalu di myticket.asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *