KONSERT GOYANG ASIA-KOPLO MILENIA BAKAL MENGGEGARKAN PADA 30 SEPTEMBER NANTI.

0

KUALA LUMPUR 15 JULAI 2023Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 30 September depan bakal menampilkan ratu dangdut negara, Amelina sekali gus menggantikan penyanyi Baby Shima yang tidak dapat menyertai konsert ini disebabkan atas komitment lain.

Kehadiran Amelina melengkapkan barisan penyanyi sedia ada yang bakal menghiburkan peminat pada konsert terbabit.

Mereka ialah penyanyi terkenal Indonesia dan Malaysia iaitu Siti Badriah, Hesty Klepek Klepek, Fitri Carlina, Rneyna Morena dan Penyanyi Dangdut yang tidak asing lagi Amelina dan Ani Mayuni.

Menurut Riezman Khuzaimi selaku Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd perubahan lokasi, tarikh dibuat atas permintaan peminat yang menginginkan acara itu diadakan secara berskala besar. “Muzik dangdut masih kekal relevan dan memiliki pengikut yang tersendiri.

“Mengambil kira maklum balas positif ini kami terpaksa menunda tarikh bagi mencari lokasi yang bersesuaian untuk meraikan acara gilang-gemilang ini. Kami berasa bersyukur apabila konsert ini dapat dilakukan di sebuah lokasi yang cukup mega sekali gus dapat memuatkan lebih ramai peminat, katanya.

Tambah Riezman, memandangkan lokasi konsert mampu memuatkan lebih 9,000 penonton, pihaknya menawarkan pelbagai pilihan harga mampu milik untuk peminat.

“Penjualan tiket bermula dengan harga RM480 (VIP KOPLO), RM268 (ZON Asyik A1/A2) Free Seating, RM178 (Zon Rindu D) Free Seating, RM168 (Zon Syantik B1/B2) Free Seating, RM138 (Zon Janda Pirang E) Free Seating, RM128 (Zon Bara Bare C1/C2) Free Seating dan RM108 (Zon Goyang Koplo), Standing.

Pembelian tiket sudah boleh dibuat di www.ticket2u.com.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu turut menggabungkan hos Shandrra Rose dari Indonesia dan Along Angah Raja Lawak, selebriti versatile dari Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *