LEBIH 20 TAHUN MENYEPI..KINI MAMAN MUNCUL DENGAN “AKU”.

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2023 – Maman, bukaniah nama asing di persada muzik. Beliau adalah pengasas dan vokalis kumpuian rock, “Teacher’s Pet” (TP) yang digilai peminat pada era 1990an. Langkah besarnya di era tersebut turut menyaksikan Maman beraksi di dalam filem “Layar Lara”, di mana beliau juga menggaias tugas sebagai penyanyi, komposer, penerbit OST dan penata muzik filern. Maman yang diperkenalkan ke daiam dunia seni oleh Dato’ Ramli Sarip dan di bimbing pula oleh Dato’ Nasser Abu Kassem, akhirnya menjadi nama besar di arena seni. Imej, lagu dan suara Maman menjadi ikutan peminat seni di rantau ini. Walaupun Teacher’s Pet berpecah selepas album pertama, Maman tampil berani sebagai penyanyi solo. Namun, ketika tinggi dikemuncak, Maman tiba-tiba hilang dan” sehingga kini kehilangannya menjadi misteri kepada penggiat seni dan peminatnya. Lebih 29 tahun beliau menyepi.
Kini… Maman kembali. Kalau dulu Maman terkenal dengan gaya rambut yang menjadi ikutan, sekarang Maman kembali dengan imej yang berlainan…bersih, intelektual dan dewasa. Kepulangannya juga diiringi dengan album barunya yang berjudul “AKU”,

Di dalam AKU, Maman menampilkan kematangannya di dalam berkarya. Kelainan nafas seninya ketara. Maman menghadiahkan kepada para peminatnya kehebatan “vocal-range” (jarak vokal) yang kuat, berani dan yakin. Bagaikan tidak dimamah usia, lagu-lagunya akan membuat pendengar hanyut di alam emosi dan cerita yang disampaikan. Lagu-lagu disusun rapi agar dapat menceritakan apa yang dilalui oleh Maman di dalam perjalanan seninya. Bagi yang merinduinya dan ingin mengetahui misteri kehilangannya, 7 buah lagu yang dipersembahkan mungkin akan memberi jawapannya. “Setiap garis kedutan di wajah saya membawa cerita hidup saya…” kata Maman.
Sebagai anak seni yang sentiasa mencari kelainan, Maman kembali ke persada seni dengan menggabungkan muzik dan teknologi. Album “AKU” bakal menawarkan siri NFT (Non-Fungible Token) yang akan diberi nama “AKU – The Maman” (T Mn) dan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, dengan kerjasama Pentas IO, iaitu sebuah pasaran NFT tempatan yang juga terbesar di rantau Asia Tenggara.
Album “AKU” kini boleh didapati di platfom striming muzik Spotify, Apple Music, Joox dan lain-lain bermula pada 30 MEI 2023 yang lalu. Muzik video dan lagu-lagu dari album “AKU” akan dilancarkan dan akan diumumkan secara berperingkat.
