Energi Wali Band dan Floor 88 Buat Peminat Histeria

0

Di jenamakan sebagai Dream Festival Collaboration Vol. 2 yangmana membariskan Wali Band dan Floor 88 yang telah berlangsung berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu, ternyata telah mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila kedua-dua band tersebut mempamerkan persembahan yang cukup energatik.

“Jika diberi peluang, 12 tapak tangan kami tadahkan.” ujar vokalis Floor88, Ayeil Ilham ketika ditemui media sebelum konsert bermula, malah turut menyatakan kesanggupan untuk berkolaborasi dengan Wali Band.
Floor88 yang mengagumi nuansa muzik Wali band yang mengangkat tema kerohanian dalam genre yang lebih moden dan menyifatkan bahawa ada keserasian dalam muzik yang didambakan.

“Penyampaian dan konsep juga sama, jadi jika diberi peluang mengapa harus kami tolak kan? Kami
juga bersedia untuk melebarkan sayap di negara seberang. Kita tahu itu bukan satu yang mudah,”

ujarnya.

Faank selaku vokalis Wali Band turut senada malah menyambut baik cadangan itu secara terbuka sekiranya mereka dapat bekerjasama merentas dua negara.

“Floor88 semangatnya berbeza. Mereka anak-anak muda yang sentiasa mencuba sesuatu yang berbeza. Malah lagu-lagu mereka juga tular di Indonesia. Saya percaya mudah untuk mereka menembusi pasaran muzik Indonesia jika sentiasa berusaha dan mencari peluang,” katanya.

Tirai konsert Dream Festival Collaboration Vol 2 terlebih dahulu memberi ruang dan peluang kepada Floor88 yang nyata cukup bijak menggunakan segala pengalaman yang ada untuk terus memaku penonton dengan aksi-aksi bertenaga.
Membuka pentas dengan lagu 24434, Floor 88 menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka
seperti Chikadun, Zalikha, Roadblock Hatiku, Kong Kali Kong dan Hutang.


Wali Band mengambil giliran di atas pentas, sesuai dengan nuansa muzik yang berterapkan nilai-nilai
estetika, jadi tidak hairanlah mengapa mereka membuka persembahan dengan selawat yang lantas mengundang hadirin untuk turut berseawat bersama.

Antara lagu yang dinyanyikan Wali Band ketika konsert berlangsung adalah Cari Berkah, Si Udin Bertanya, Nenekku Pahlawanku, Emang Dasar, Puaskah, Dik, Doaku Untukmu Sayang, Baik-Baik Sayang, Kekasih Halal, Taubat Maksiat, Ada Gajah Dibalik Batu, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan yang paling dinanti-nantikan, Cari Jodoh.

Kumpulan Wali Band yang terkenal dengan lagu Cari Jodoh meluahkan rasa teruja dapat bertemu peminat di Malaysia dan menerima sokongan penuh peminat yang turut menyanyi bersama sepanjang konsert berlangsung.
Wali Band merupakan sebuah kumpulan muzik yang menyampaikan mesej-mesej baik di dalam lagu mereka.


Kolaborasi penyanyi utama Wali Band, Faank berduet bersama Ayie Floor 88 bagi menutup malam konsert penuh gemilang dengan lagu popular dari Wali Band, Cari Jodoh ternyata meninggalkan momen indah buat mereka dan peminat khususnya yang ternyata tampak gembira dan puas di sepanjang konsert berlangsung. Konsert yang berdurasi selama tiga jam ini berjaya memukau penonton yang turut berkongsi momen berkenaan kehebatan susun atur muzik yang padu, sistem bunyi serta semangat dari Wali Band dan Floor 88 yang cukup beremosi dalam melatari konsert berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *