“This is Johan Live In Concert” Janji Kematangan Muzik Joe Flizzow

0

PETALING JAYA 12 MEI 2023 Selepas 15 tahun bergerak secara solo, penyanyi hip hop terkemuka Joe Flizzow mengumumkan bakal mengadakan konsert solo pertamanya ‘This is Johan Live In Concert pada 15 Julai depan.

Bertempat di JioSpace Petaling Jaya, penyanyi berusia 44 tahun ini bakal membawakan rangkaian lagu dari album terbaharunya berjudul Johan.

“Meskipun saya membesar di Subang Jaya tetapi Petaling Jaya, bandar yang sangat dekat dengan
jiwa saya. Kedua, saya terharu ‘dilamar’ oleh pihak JioBuddy yang merupakan sahabat baik saya,
Sean yang berusaha menjadikan konsert ini sebuah kenyataan,”
ujar Joe Flizzow ketika sidang media
yang di adakan di Le Meredian Petaling Jaya pada 10 Mei lalu.

Dalam masa sama, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak bakal membawakan rangkaian
lagu dalam album baharunya berjudul Johan.


“Insya-Allah peminat yang hadir nanti dapat dengar lagu-lagu baharu saya. Saya akan tumpukan lagu
baharu pada malam itu nanti. Lebih kurang 16 buah lagu bakal berada dalam album baharu saya.
Apa yang saya boleh kata, sebuah persembahan hip hop dan rap lebih matang,”
katanya.

“Saya tidak mahu Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” hanya dikenang sebagai sebuah persembahan atau konsert. Tapi di sinilah penikmat dan pencinta muzik menghargai setiap susah payah sehingga ia ‘menang’ dalam ‘battle’.
“Hadir ke konsert ini rasakan semangat kami yang tak pernah surut. Saya tunggu korang di sini, ada
banyak kejutan dan kepuasan yang akan dipersembahkan kerana inilah konsert solo dan pertama
saya sepanjang lebih 10 tahun, ”
tambahnya.

“Dengan semaraknya kembali industri muzik termasuk rakan pemuzik boleh kembali melakukan
persembahan terbuka atau konsert selepas pandemik, pihak kami di JioBuddy berasa ini momen
yang tepat untuk melaksanakan Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert”,
ujar Sean Ng dari
JioBuddy.

“Kami percaya Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” akan menjadi konsert solo dan pertama yang terhebat pernah dilaksanakan selepas 15 tahun beliau berjuang berseorangan dan tidak pernah patah semangat meski berdepan roller coaster karier yang cukup hebat,”tambahnya.

Konsert solo ini dibawakan oleh JioBuddy dengan kerjasama Altus ProHouse bersama Rakan Produksi, Level Up, rakan logistik, Tuudi. Tidak ketinggalan Universal Music Malaysia, DefJam Recordings SEA menjadi rakan sokongan Joe Flizzow “This is Johan Live In Concert” .
Peminat boleh mendapatkan tiket mulai 12 Mei 2023, pembelian boleh dibuat menerusi www.jiotix.asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *