ANDI BERNADEE & RYAN BAKERY DALAM LAGU RAYA TERBARU “RAYA LAST MINIT”.

0

KUALA LUMPUR 31 MAC 2023 – Setelah membuatkan para peminat tidak tentu arah dengan usikan
di media sosial tentang lagu terbaru dan gandingan yang tidak disangka sangka, kini penyanyi terkenal
dengan lagu Satu Peluang, Donde dan beberapa lagu lagi berganding bahu dengan pempengaruh
media sosial yang terkenal, Ryan Bakery dalam lagu raya terbaru mereka yang berjudul ‘RAYA LAST
MINIT’.

Andi Bernadee yang kini sibuk dengan penggambaran untuk drama arahan Erma Fatima ini meluahkan
rasa syukur kerana dapat merealisasikan rancangannya. “Drama ni akan habis penggambaran pada
penghujung bulan Mei. Selepas itu, Andi nak fokus untuk menyiapkan beberapa lagu lagi untuk
dimuatkan didalam album Andi,”
jelas Andi Bernadee.

Menceritakan perjalanan seninya, Andi Bernadee berkata, “Perit rasa bila nak cerita bermulanya Andi Bernadee. Dari awal lagi Andi dah masuk macam-macam program nyanyian di TV. Cuma rezeki waktu itu belum berpihak kepada Andi. Tetapi Andi yakin, pasti ada rezeki untuk Andi jika Andi berusaha. Jujurnya Andi nak bocorkan rahsia sikit.

Sebenarnya Andi pernah berfikir untuk putus asa. Andi pernah bagitahu pengurus Andi bahawa lagu
Satu Peluang adalah lagu terakhir Andi. Kalau lagu tu tak menjadi dan Andi masih berada di tempat
yang sama je, Andi dah tak mahu berada dalam industri ini lagi. Tetapi mungkin sebab lagu tu macam
meminta ‘berikan aku hanya satu peluang’, Alhamdulillah bertitik tolak dari sinilah kerjaya Andi makin
diterima peminat. Andi sangat berterima kasih kepada semua peminat Andi dan paling istimewa buat
ANDIDEARS sampai ke hari ini mereka masih menjadi tulang belakang seorang Andi Bernadee”.

Manakala pemilik nama Muhammad Ryan Fahmi Bin Bakery atau lebih terkenal dengan nama Ryan
Bakery pula menyatakan Ramadan kali ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini beliau sibuk dengan penggambaran drama, kempen di media sosial dan juga hampir setiap
hari Ryan memenuhi undangan berbuka puasa dari berbagai pihak. Pemuda yang berusia 27 tahun ini
menyatakan, “Semuanya bermula daripada media sosial. Di saat pandemik dan apabila kehilangan
kerja, saya mula aktif dalam menghasilkan pelbagai konten menarik di media sosial iaitu TikTok.
Apabila kebanyakan video tersebut viral dan mendapat tempat di hati peminat, ia membawa nama
saya menjadi lebih dikenali sehinggakan saya dipanggil ke program televisyen sebagai tetamu
undangan. Dari situ, rezeki saya dalam bidang ini semakin murah dan lebih banyak tawaran lain
diterima. Meskipun masih baru, semua ini merupakan satu perjalanan manis buat saya”.
Ujar Ryan.

Lagu ‘RAYA LAST MINIT’ kerjasama Warner Music Malaysia dan FYP Media ini boleh didapati di
kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula
31 MAC 2023. Manakala video muzik rasmi ‘RAYA LAST MINIT’ boleh ditonton di saluran YouTube
Warner Music Malaysia bermula 31 MAC 2023 pada jam 10 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *