YOVIE WIDIANTO BERSAMA LYODRA, TIARA ANDINI, DAN ZIVA MAGNOLYA MELALUI LAGU “MENYESAL”

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2023
Tidak tanggung-tanggung, dalam projek hebat ini, Yovie Widianto mendekati tiga superstar muda Indonesia untuk membawakan lagu hit ciptaannya. Bersatunya Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolya dalam lagu ‘Menyesal’ ini ditulis khusus oleh Yovie untuk menjadi persembahan yang mencuri hati. Produksi muzik yang amat terperinci hingga hal yang terkecil, penjiwaan lirik lagu yang memberi rasa yang mendalam, hingga harmoni vokal yang luar biasa, sungguh luar biasa. Tentunya merupakan salah satu karya muzik terbaik di tahun ini.
Lagu ‘Menyesal’ merupakan single perdana sekaligus pertama dari rangkaian single dalam projek terbaru album Yovie & His Friends yang dilancarkan bawah label Universal Music Indonesia. Dalam album ini, Yovie Widianto akan bergandingan dengan ramai penyanyi serta artis popular Indonesia untuk membawakan karya-karyanya.
Digandingkan Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya dalam single pertama ini menjadi khabar gembira bagi para peminat serta pencinta muzik tanah air. Kualiti dan prestasi ketiga-tiganya yang sungguh luar biasa berpadu dengan sentuhan muzik sang maestro Yovie Widianto.
Harapan dari projek ini adalah untuk membawa muzik Indonesia ke pasaran muzik global. Dengan sokongan para peminat serta seluruh masyarakat Indonesia, pentas bertaraf dunia yang mempersembahkan karya anak bangsa mungkin dapat direalisasikan.

Sebagai orang utama dalam projek ini, Yovie Widianto yang telah berkarya dalam industri muzik
selama lebih dari 3 dekad dengan segudang pencapaian, pada tahun 2020 dengan rasminya
dinobatkan sebagai pencipta lagu dengan jumlah strim terbanyak melalui playlist “Written by Yovie
Widianto” oleh Spotify, bukan hanya di Indonesia atau bahkan Asia, namun di seluruh dunia! Saat ini
jumlah strim lagu-lagu Yovie di Spotify sahaja, sudah mencapai angka 1.618.614.488 (satu juta enam
ratus lapan belas juta enam ratus empat belas ribu empat ratus lapan puluh lapan) strim dan tentunya
masih terus bertambah.
“Single ‘Menyesal’ merupakan lagu cinta bergenre pop ballad dengan nuansa megah yang bercerita
tentang pilunya sebuah penyesalan dan sulitnya merelakan seseorang melalui lantunan piano dengan
iringan strings section yang merdu dan menambah syahdu. Tidak lupa pada bahagian harmonisasi
canon dari LTZ (Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolia) yang sangat memukau!
Single ‘Menyesal’ oleh Yovie Widianto bersama LTZ (Lyodra, Tiara Andini, Ziva Magnolia) telah rasmi
dilancarkan pada tarikh 3 Mac 2023 @ 00:00 AM waktu Malaysia.