Persoalan Spekulasi Ella Terungkai

0

Kuala Lumpur – 11 Mac 2023

Spekulasi yang mencetuskan persoalan di kalangan netizen mahupun peminat mengenai tindakan penyanyi, Ella yang memadam semua gambar di Instagram akhirnya terungkai apabila ‘queen of rock’ terkenal itu mengumumkan akan mengadakan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota pada 10 Jun depan.

“Tindakan memadam gambar dalam Instagram (IG) dan meninggalkan hanya satu entri sahaja
bukanlah satu gimik. Sebenarnya ramai sangat yang bertanya, beratus-ratus dan beribu-ribu komen.
Ada yang tanya kenapa, yang kata bukan sekarang dan minta tolong satu lagi konsert”,
ujar Ella
menerusi satu sidang media yang di adakan di Sunway Putra Hotel di Kuala Lumpur pada 10 Mac
lalu.
“Ada yang minta jangan tinggalkan kami kerana kita membesar dengan lagu-lagu. Tolong jangan sekarang. Sunyilah kita.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 56, berkata, dia menafikan perkara tersebut sebagai
gimik untuk meraih perhatian.Sebaliknya, dia hanya ingin berehat dari media sosial buat sementara
waktu.
Katanya, tindakan itu bertujuan untuk menghargai peminat dan ingin membuktikan kesungguhannya
berterima kasih kepada mereka yang banyak menyokong. “Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ini saya dedikasikan buat semua peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya selama ini. Tiada kata penghargaan yang dapat tandingi sekongan kalian semua.

Kita sudah berbincang beberapa buah lagu yang akan dipersembahkan termasuk artis jemputan.
“Sekalipun ini merupakan jilid akhir konsert solo saya dalam skala besar sepanjang 35 tahun ini,
namun saya percaya ia hanyalah permulaan baharu bagi penggembaraan kerjaya Ella,” ujarnya lagi.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu bagaimanapun menafikan
konsert tersebut menjadi persembahan terakhirnya.

“Ini bukan persembahan terakhir saya. Namanya jilid terakhir sebab itu tajuk buku yang saya
terbitkan sepanjang kerjaya 35 tahun,”
jelasnya yang turut melancarkan buku Rockers Juga Manusia
Bahagian I.
Konsert tersebut dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pukul 8
malam.
Mengulas lanjut mengapa menggunakan perkataan Jilid Akhir, Ella menjelaskan, konsert anjuran
Hitman Solutions itu bukanlah konsert terakhirnya buat peminat.

“Saya akan terus keep on rockin. Saya bakal mempersembahkan 35 lagu dengan diiringi pengarah
muzik,
Datuk Acis,” katanya.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions bersama jenama RockQueen manakala tiket konsert mula dijual
bermula 13 Mac pukul 12 tengah hari di www.hitmanlive.com.

Untuk rekod, antara lagu popular nyanyiannya ialah Sembilu, Tiada Tangis Lagi, Pengemis
Cinta dan Baldu Biru. Ella turut pernah membintangi filem arahan Datuk Yusof Haslam iaitu Pemburu
Bayang, Hanya Kawan dan Bayangan Maut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *