25 Years Lah Ahmad Live In Concert rai album ke 4

0

Petaling Jaya.

25 Years Lah Ahmad Live In Concert adalah sebuah konsert sulung beliau
setelah 25 tahun menceburi dalam bidang industri seni muzik tanah air. Abdullah bin Ahmad
atau dikenali sebagai Lah Ahmad penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri seni muzik
tanah air bakal menjayakan konsert ini selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018
mendapat sambutan yang hangat. Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu
sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album
beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4
beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. Konsert ini telah membawa peminatnya menikmati impian
beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai
seni suara dan lagunya.

Konsert pertama ini menampilkan dan meraikan album ke – 4 beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang berlangsung di Stage 1 Theatre,
PJPAC 1 Utama E pada 28 dan 29 Januari 2023 lalu dengan kehadiran penonton yang dikategori ‘full house’. Penonton yang hadir turut teruja serta berpuas hati dengan persembahan Lah selama hampir 2 jam 30 minit itu.

Konsert yang diidamkan oleh Lah Ahmad ini juga 25 Years Lah Ahmad Live In Concert. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Konsert yang mempunyai 3 set dimana setiap set mempunyai 6 buah lagu hits beliau…Bagi set pertama Lah Ahmad mengenakan pakai serba hitam mendapat tepukan gemuruh penonton dengan lagu pertama beliau ‘Selamat Datang Cinta’.

Set kedua Lah Ahmad muncul dengan sut serba putih terus menghiburkan peminat dengan beberapa buah lagu. Bagi set kedua ini Kumpulan Nasyid Inteam muncul berduet bersama Lah Ahmad.

Kumpulan Nasyid Inteam turut hadir di konsert Lah Ahmad. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Bagi set ketiga pula Lah Ahmad muncul dengan mengenakan Jaket hitam putih. Turut hadir di konsert belaiu adalah penyanyi hip hop Shazzy berduet bersama Lah Ahmad. Lagu yang dinantikan penonton tiba di akhir persembahan…’Jatuh’.

Lah Ahmad berduet bersama Shazzy. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

‘Lah Ahmad beriteraksi bersama penonton yang ‘Full house’. Foto: Azuddin Ahmad ZIn.

Selain daripada itu, Shahwal Hussin selaku pengarah muzik bersama ahli muzik seperti Don (gitar 1), Khazrin (gitar 2 ), Rajwan (dram), Kabung (Bass), Mirzan (keyboard 2), Syed H Daniel (saxophone), Haniff (Trambone), John (Trumpet), dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam 25 Years Lah Ahmad Live In Concert. Mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, kini beliau tampil menghasilkan album terbaru bertajuk ‘Jatuh’ yang bakal dijual pada hari konsert tersebut
secara fizikal. ‘Jatuh’ juga merupakan salah satu judul lagu daripada album terbaru beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *