Nadin Amizah tunai konsert di Malaysia

Kuala Lumpur
Nadin Amizah melahirkan perasaan terujanya dapat beraksi di hadapan para peminatnya menerusi Konsert Selamat Ulang Tahun dan Kisah Lainnya oleh Nadin Amizah yang berlangsung pada 21 Januari 2023 di Zepp Kuala Lumpur.
Membawakan sebahagian dari konsep ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk teman-
teman di Malaysia, Nadin juga mempersembahkan lagu-lagu yang lain, pada masa sama konsert pertama di Malaysia telah menjadikan satu memori indah buat semua yang hadir pada malam tadi. Beliau juga tampil dengan pelbagai tema merujuk kepada lagu-lagu yang akan dia sampaikan.

Konsert yang membawa Nadin 18 buah lagu diadakan dengan 2 segmen telah memukau lebih dari dua ribu penontan yang hadir di Zepp malam tadi. Nadin membuka pentas dengan lagu “Sebuah tarian yang tak hujung selesai” terus mendapat tepukan gemuruh penonton. Dengan sistem pencahayaan yang lebih mendamaikan serta ‘redup’ membuat penonton turut serta menyanyi bersama Nadin.
Penonton masih menanti dengan sabar dua lagu ‘hits’ beliau Bertaut dan Tumpang pada malam tadi, kedengaran intro dua lagu itu, pekikan dari penonton terus disusuli nyanyian bersam Nadin dan penonton sehingga habis.

Meskipun agak gementar kerana ini kali pertama Nadin tampil dengan 18 buah lagu, namun
demi peminat Nadin memberikan yang terbaik. Beliau juga telah melakukan senaman
dan latihan agar tidak capek semasa konsert..Kerap kali beliau memohon maaf kepada penonton agar konsertnya dapat diselesaikan dengan ‘aman’.
Seramai 32 orang telah dibawa terus dari Indonesia demi memastikan konsert ini sukses.
Mereka terdiri daripada musisi, krew dan juga penari yang akan menemani saya sepanjang konsert
berlangsung,
