Restoran Zu Chuan Hotpot The Curve Rai Anak Yatim

0

Restoran Zu Chuan Hotpot The Curve, Mutiara Damansara menerima kunjungan 40 anak-anak yatim
dari Rumah Harmoni Kasih Paya Jaras menerusi program CSR yang di lakukan oleh restoran
berkenaan baru- baru ini.
Lisa Lazim selaku Pengarah Perniagaan Zu Chuan Hotpot The Curve berkata, kunjungan anak-anak
yatim ini adalah sebahagian daripada program CSR restoran berkenaan.
“Seperti lazimnya, pihak kami akan menjemput mereka yang kurang berkemampuan khususnya
anak-anak yatim mahupun orang kurang upaya untuk makan di restoran kami. Sebulan sekali kami
pasti akan menjemput penghuni rumah kebajikan terpilih untuk menikmati menu yang kami
sediakan”, ujarnya ketika di temui media baru-baru ini.

Pastinya pelanggan tertarik dengan konsep yang disediakan. Foto: Azuddin Ahmad Zin.


“Bukan niat kami untuk bermegah-megah tetapi ianya merupakan tanggungjawab pihak kami apatah
lagi dalam berkongsi rezeki, malah rakan perniagaan kami turut senada dengan kami dalam
menunaikan kewajipan ini”.

Meskipun cawangan Zu Chuan Hotpot The Curve, Mutiara Damansara ini baru memulakan
operasinya sekitar 2 bulan, namun ianya menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan.
“Saya selaku wakil restoran ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tik tokers, bloggers
dan netizen yang sudi berkongsi apa jua menu yang kami sajikan dalam platform sosial media milik
mereka, tanpa mereka mungkin kami bukan siapa-siapa”,
tambahnya.

Puan Lisa Lazim (Pengarah Perniagaan Zu Chuan Hotpot The Curve). Foto: Azuddin Ahmad Zin


Daging Wangyu sudah semestinya menjadi signature Zu Chuan Hotpot selain beberapa menu lain
yang dijual dengan harga yang berpatutan dan yang paling utama ianya tampil dengan pakej makan
sehingga kenyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *