Aloe Vera Ramuan Rahsia Serum MILLEFLEUR Untuk Kulit Berseri Dan Terhidrasi.

0

Kuala Lumpur 11 Oktober 2023- Menyedari kesan buruk disebabkan oleh kekurangan penghidratan pada kulit wajah, Millefleur tampil dengan Serum Penghidratan yang inovatif iaitu Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum yang mengandungi tiga bahan semulajadi utama iaitu Aloe Vera, Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate yang diformulasi bebas dari sebarang pewangi dan paraben serta sudah berada di pasaran sejak setahun lalu.

Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.

Wakil penjual produk Millefleur bergambar bersama dengan Wanna Ali. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

“Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin. Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kuit dan menjadikannya cerah dan bersiri dari dalam,” katanya.

Majlis menandatangani perjanjian bersama antara Millefleur dengan Wanna Ali. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Bagi menambah keyakinan kepada pengguna, produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.

Lebih menarik, Millefleur turut bakal mengeluarkan produk pelembap muka dan krim pelindung matahari (sunblock) dalam waktu terdekat.

Bukan hanya itu, majlis hari ini turut memperkenalkan pelakon dan penyanyi berbakat besar, Wanna Ali sebagai duta Millefleur dalam majlis menandatangani dan pelantikan Wanna sebagai duta bersama Millefleur.

Wanna Ali dilantik sebagai duta Millefleur. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Bagi yang ingin mendapatkan Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini boleh membuat pembelian secara online di laman web rasmi www.millefleurskin.com atau melalui sistem agen online di www.millefleurempire.com dan boleh hubungi di talian +01121277002.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *