Ahli Parlimen Batu beri jaminan selesaikan isu Bantahan Projek Pembangunan di Pasar Borong KL.

KUALA LUMPUR 23 OGOS 2023-Persatuan Pasar Borong Kuala Lumpur menyerahkan petisyen kepada Ahli Parlimen Batu itu bagi membantah projek pembangunan blok baharu pasar borong tersebut.
Mereka mendakwa, pembangunan projek berkenaan dibimbangi akan menjejaskan 448 peniaga sedia ada membabitkan 168 gerai pemborong ikan, 216 pemborong sayur dan 64 pemborong buah-buahan.
Rentetan bantahan projek pembangunan blok baharu oleh gabungan persatuan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurutnya, petisyen berkenaan diserahkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh bagi mengetahui maklumat terperinci mengenai projek berkenaan.

“Apa pun saya minta pihak DBKL atau Datuk Bandar berjumpa dengan peniaga atau persatuan di Pasar Borong Kuala Lumpur untuk berbincang dan semak semula untuk mendapatkan hala tuju yang sama,” kata Ahli Parlimen Batu P Prabakarandalam sidang media semalam..
Tambahnya, berdasarkan pengalaman pembangunan pasar borong di ibu kota itu, projek dilaksanakan tanpa pandangan atau libat urus daripada pihak peniaga sebagai pengguna kepada fasiliti yang dibangunkan.