Universal Music Malaysia rai anak-anak yatim di iftar.

KUALA LUMPUR 29 MAC 2023
Bulan Ramadan kembali lagi dan beberapa tahun selepas pandemik COVID-19 berlalu, ini merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan semula silaturrahim di samping menambahkan amalan yang mulia.
Sejajar dengan niat baik di bulan penuh keberkatan ini, pihak Universal Music Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi sedikit rezeki sesama masyarakat.
Untuk itu, pihak Universal Music Malaysia tahun ini berbesar hati dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelajar maahad tahfiz dari Pusat Tahfiz DARUS SYABAB di Hotel Royal Kuala Lumpur.
Majlis ini semestinya telah diserikan dengan kehadiran para artis naungan Universal Music Malaysia yang turut membuat persembahan.
Antaranya adalah kumpulan Insomnicaks, Nuha Bahrin dan Naufal Aznin, Syafiq Abditah, Nadia Rosh, Meer Nash, Da Unknown, Rief Daniel, serta kumpulan DOLLA.

Di samping dihibur para artis dengan persembahan nyanyian sambil menikmati aneka juadah berbuka puasa yang lazat, para pelajar Maahad Tahfiz Qarus Syabab turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan dan artis Universal Music Malaysia.
Turut memeriahkan malam tersebut adalah pihak pengurusan atasan Universal Music Malaysia yang terdiri daripada Cik Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia, Enctk Hermond Cheng, Pengarah A&R, Pemasaran & Promosi, Universal Music Malaysia serta Ketua Oef Jam Recordings Malaysia, Encik ivan Koh Pengarah Kanan, Strategi Digital & Komersial, Universal Music Malaysia, Cik Patrina Wong, Pengarah Kewangan dan Operasi, Malaysia & Singapura serta Encik Brandon Chan ketua Perniagaan Baru.
Semoga acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara karyawan seni muzik dan masyarakat umum.