MAJLIS MAKAN MALAM DAN ANUGERAH PPOBM 2023

BANGI
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) meraikan dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara.
Ia juga bertujuan memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan mencipta sendiri peluang kejayaan. Biarpun setiap hari mengharungi liku-liku kehidupan tanpa cahaya dan melalui pelbagai kesukaran berbanding mereka yang sempurna penglihatan. Walau bagaimanapun, ramai golongan yang cacat penglihatan ini berjaya mengharungi kesulitan hidup dan menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar tidak kalah dengan cabaran.
Selain daripada itu juga, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja.
PPOBM adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Bagi memastikan PPOBM mampu membantu OKU Penglihatan secara berterusan, organisasi ini berusaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi PPOBM dan menjalankan program bantuan serta kebajikan kepada ahli PPOBM.
Sebanyak 7 kategori anugerah telah disampaikan kepada penerima anugerah yang terdiri dikalangan OKU penglihatan. Antaranya adalah Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021, Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2021, Anugerah Pencapaian Anak Seni Cemerlang yang dianugerahkan kepada
kumpulan Caliph Busker, Anugerah Atlet Cemerlang 2022,Anugerah Sukarelawati Terbilang 2023, Anugerah Sukarelawan Terbilang 2023 dan Anugerah Khas Jasamu Dikenang Kategori Sukan OKU Penglihatan.

Anggaran seramai 500 orang tetamu menghadiri Majlis makan malam & Anugerah PPBM 2023 ini yang terdiri daripada ahli PPOBM, tetamu jemputan khas, penderma, penaja dan tetamu istimewa. Majlis disempurnakan dengan perasmian pembukaan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat YBhg Dato’ Shaharuddin Abu Sohot dan kata-kata aluan oleh Presiden PPOBM Encik Mohammad Huzaifah bin Ahmad.

Tetamu juga turut dihiburkan oleh persembahan artis tanah air Malaysia iaitu penyanyi Hafiz Suip, Adira & Caliph Buskers.


Orang ramai, individu atau pihak korporat yang berminat boleh terus ke link https://Launchgood.com/ppobm dan setiap sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/