Formula ANGKASA Untuk Hapus Kartel Ayam

0

Melaka-Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ada formula baharu untuk menjadi
pembekal utama ayam negara sekaligus menghapuskan monopoli oleh syarikat kartel yang selama
ini menyebabkan harganya sukar dikawal.
Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, hasil kajian itu yang akan dibentangkan awal Mac ini
dan ianya sudah pun dibincangkan bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Beliau yang juga merupakan Presiden ANGKASA turut berkata, sebagai badan yang mempunyai
rangkaian dengan ribuan koperasi di seluruh dunia, ANGKASA sudah mengenal pasti negara yang
boleh bekerjasama dengan mereka.
“Formula ini termasuklah bagaimana kita memperoleh bekalan anak ayam dan bahan mentah
makanan haiwan itu berbanding sekarang ini, dimana kita hanya hanya bergantung kepada satu
sumber sahaja”,
ujar beliau ketika di temui media dalam satu majlis di Krubong, Melaka pada 12
Febuari lalu.
“Kita sudah kenal pasti 200 hingga 300 ahli koperasi kita yang terlibat secara aktif dengan para
penternak ayam untuk bekerjasama supaya dapat mengelak kebergantungan semata-mata kepada
dua tiga syarikat kartel ini yang selalu datangkan masalah,”
ujarnya.


Usaha itu dilihat dapat menghapuskan ekosistem tidak sihat yang diamalkan selama ini apabila
syarikat pembekal sama akan mengawal kos pengeluaran ayam sekali gus membuatkan mereka akan
memonopoli dan memanipulasi harga bekalannya di pasaran.
“Kos pengeluaran ditentukan oleh pembekal kerana mereka ini juga yang membekalkan anak ayam
dan makanan, membeli semula ayam yang diternak daripada penternak”,
tambahnya.
“Di sinilah punca masalahnya sebab kalau mereka rasa nak naikkan harga makanan ayam, mereka
akan buat sehingga penternak akan terkesan apabila harga beli pun dikawal oleh mereka,”

Melalui formula ekosistem baharu, Angkasa kini mempunyai lebih 3,000 rangkaian kedai runcit
koperasi di seluruh negara yang boleh membekalkan ayam kepada pengguna sekaligus dapat
membenteras kartel tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *