‘ANUGERAH PPOBM 2023’ iktiraf pencapaian golongan (OKU) penglihatan

0

Dari kiri En Saiful Rizal Che Mat (Oilylicious Healthcare), Puan Norhidawati Abd Aziz (Oilylicious Healthcare), En Mohammad Huzaifah (PPOBM) dan En Shukri Shuhaimee (Pengarah Program). Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Kuala Lumpur-Setiap insan yang lahir ke dunia ini ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing kerana kita bukan sempurna. Namun kejayaan dalam kehidupan bukan bergantung kepada sempurna atau tidak lahiriah seseorang itu.

Sebaliknya, ia lebih kepada peribadi atau sikap individu itu sendiri, bagaimana dia mahu memajukan diri dalam kehidupan.

Biarpun 24 jam menjalani kehidupan tanpa cahaya dan melalui pelbagai kesukaran berbanding mereka yang sempurna penglihatan,  golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan tetap gigih mencari nafkah bagi menyara kehidupan keluarga.

Tidak dinafikan peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan tersebut tidak banyak dan jika ada jumlahnya amatlah terhad, tiada istilah ‘pilihan’ kepada mereka.

Walau bagaimanapun, ramai golongan yang cacat penglihatan ini berjaya mengharungi kesulitan hidup dan menjadi inspirasi kepada mereka yang senasib agar tidak kalah dengan cabaran. 

En Mohammad Huzaifah (PPOBM). Foto: Azuddin Ahmad ZIn.

Ada yang menjadi usahawan berjaya, ada yang mencatat sejarah dalam arena sukan dan ada yang mencipta sejarah dalam pengajian. Semua ini merupakan pencapaian yang sangat menakjubkan.

Justeru, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) berhasrat meraikan dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara. 

Ia juga bertujuan memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan agar tidak sekadar menunggu bantuan bahkan mencipta sendiri peluang kejayaan.

PPOBM adalah sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Bagi memastikan PPOBM mampu membantu OKU Penglihatan secara berterusan, organisasi tersebut berusaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos operasi PPOBM dan menjalankan program bantuan serta kebajikan kepada ahli PPOBM.

En Shukri Shuhaimee (Pengarah Program) ketika menjawab soalan media. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Menurut En Shukri lagi setiap meja dijual dengan harga RM10,000.00 10 orang, RM20,000.00 10 orang dan RM30,000.00 10 orang. Selain itu pakej individu juga disediakan dengan harga RM1,000.00 seorang.

Tujuan mengumpul dana adalah untuk kegunaan proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja.

Untuk mencapai objektif tersebut PPOBM berusaha mengadakan majlis makan malam dan Anugerah PPOBM bagi meraikan golongan OKU Penglihatan yang mencipta kejayaan walaupun dilanda ujian yang luar biasa dan usaha ini dibantu oleh rakan kolaborasi utama seperti OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Moment Learning Management serta beberapa rakan kolaborasi yang lain.

Majlis tersebut akan diadakan pada 22 Februari 2023, 8 malam, di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Tetamu bakal dihiburkan oleh penyanyi Hafiz Suip dan Adira Suhaimi.

Hafiz Suip dan Adira Suhaimi dan juga Caliph Busker dijangka turut serta.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *