PELANCARAN PROGRAM CERIA ATLET SELANGOR 2023.

Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Ceria Atlet Selangor iaitu inisiatif membaikpulih kediaman dan sumbangan barangan perabot. Ini merupakan pelancaran program kali keempat yang menfokuskan kebajikan bekas-bekas atlet bertempat di kediaman bekas atlet berbasikal iaitu Encik Mutalib Mydin di Kampung Bahagia, Bukit Lagong, Sungai Buloh.
Dengan bertemakan ‘Hargai Jasa Atlet’, penganjuran program ini adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pencapaian bekas-bekas atlet Selangor yang pernah mengharumkan nama Negeri Selangor dan Malaysia.

Sejak bermulanya program ini pada tahun 2020, peruntukan sebanyak RM 789,560 telah disalur bagi merealisasikan objektif program ini. Antara bentuk bantuan seperti membaikpulih kediaman dan sumbangan barang perabot yang telah melibatkan seramai hampir 200 bekas atlet.
Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dan juga Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) atas kerjasama menjayakan program ini. Pelaksanaan program Ceria Atlet Selangor 2023 ini, diharapkan dapat menjadi penanda aras dalam menzahirkan keprihatinan bagi membela kebajikan bekas bekas atlet ini. Seterusnya, jasa dan pengorbanan mereka dalam arena sukan akan terus kekal dihargai oleh Kerajaan Negeri Selangor.