Momen Indah Senandung Malam Memukau Pesona
![]() |
Penampilan Vokalis ERK dan Vokalis Parade Hujan memjadikan dewan penuh sesak. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Kuala Lumpur.
Oleh: Nazrul.
Saat yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata apatah lagi ianya meninggalkan momen yang cukup indah buat lebih 2500 peminat band Efek Rumah Kaca dan Parade Hujan yang hadir menyaksikan Konsert Senandung Malam.
Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November lalu adalah hasil usaha Neptune Presents turut membuktikan bahawa lagu-lagu yang berkisar mengenai kehidupan, kekeluargaan dan isu semasa seperti permasalahan orang kebanyakan ternyata cukup dekat di hati para peminat mereka.
![]() |
ERK yang kini berusia lebih 22 tahun penubuhannya mampu membaca kehendak peminat. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Antusiasme penggemar ERK dan Parade Hujan mula memenuhi setiap ruang di Zepp, tanpa banyak bicara mereka mula menghamburkan lagu dari album kedua mereka yang berjudul “Kamar Gelap”. Dengan lagu Tubuhmu Membiru…Tragis, kemudian mereka tampil dengan Jatuh Cinta Iut Biasa Saja dan Putih.
Peminat yang hadir seakan terpukau dengan setiap aksi yang ERK persembahkan malah lontaran vokal daripada hadirin menambahkan lagi perisa dan warna. Seperti Rahim Ibu, Melankolia dan Kamar Gelap menjadi wadah pendengar.
![]() |
Peminat yang hadir amat teruja dengan persembahan yang dihidangkan. |
Tidak hairanlah ERK yang kini berusia lebih 22 tahun penubuhannya mampu membaca kehendak peminat yang sentiasa dahagakan karyaan mereka apatah lagi beraksi di atas pentas yang serba lengkap fasilitinya. Bermain-main dengan emosi hadirin yang menakluki ERK menerusi lagu-lagu yang di peti daripada album Sinestesia (2015), mini album Jalan Enam tiga dan album Kamar Gelap (2008).
Sebanyak 16 buah lagu telah ERK persembahkan menerusi konsert Senandung Malam, antaranya ialah Lagu Kesepian, Desember, Heroik, Urib, Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa, Mosi Tak Percaya, Di Udara, Jangan Bakar Buku, Sebelah Mata dan Cinta Melulu.
![]() |
Dewan yang memuatkan 2,500 penonton penuh sesak. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Pentas kemudiannya di serahkan kepada Parade Hujan, yang mana didukungi oleh individu yang pernah membarisi Payung Teduh dan Pusakata. Meskipun tampil dengan jenama baharu namun identiti serta anutan konsepnya masih sama.
Peminat di Malaysia cukup bertuah apabila diperkenalkan menerusi jenama baru apatah lagi tampil di pentas sebagai konsert sulung mereka. 90 minit yang dipertuntukkan di gunakan sebaik mungkin lantaran itu setiap lagu yang dipersembahkan terut mengundang vokal daripada hadirin.
Parade Hujan masih berpaksikan muzik alternatif fusion dimana rencahnya adalah folk, indie, keroncong dan jazz menjadi inti utamanya. 15 buah lagu menjadi sandaran dan santapan telinga antaranya adalah Sisa Keikhlasan, Di Hujung malam, Kerinduan, Berdua Saja, Akad, Kamu dan Menuju Senja.
![]() |
Parade Hujan masih berpaksikan muzik alternatif fusion. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Parade Hujan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Konsert Senandung Malam secara keseluruhannya cukup indah dengan nilai estetika lirikal yang dihasilkan disimpulkan dengan melodi yang cukup tenang sesuai dengan mood lighting yang di pertontonkan kepada khalayak. Tona Warna yang di pancarkan menjadi jiwa dan rasa buat peminat yang hadir sementelah ianya adalah ukiran yang harus dikenang sampai bila-bila.
![]() |
Gelagat penonton yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Gelagat penonton yang hadir. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Persembahan memukau dari ERK. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Seawal 5pm mereka hadir di Zepp,KL demi Konsert Senandung Malam. Foto: Maestro Ridzwan. |