Tirai Siri Jelajah Rasa Cinta Di Sebalik Musim Tersingkap Di Melaka

0
“Terima kasih yang lahir dari hati yang dalam buat anda semua”.. Datuk Ramli Sarip. Foto:Nazrul.


Melaka 

Oleh: Nazrul.

 “Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza, maka dengarlah rasailah dan hayatilah setiap frasa dalam pengembaraan Cinta Di sebalik Musim yang dirialisasikan dalam sebuah konsert yang sarat dengan makna”

Aura daripada Datuk Ramli Sarip dalam setiap persembahannya memang terserlah, justeru, tidak hairanlah persembahan santainya sempena siri jelajah Rasa Cinta Di Sebalik Musim yang bermula di LaCrista Hotel, Melaka pada 14 Oktober lalu mengundang kepuasan hampir 300 peminat setianya.

Tepat jam 8.45 malam Datuk Ramli sarip memulakan persembahan dengan lagu Sentosa Di Kubah Hayat yang dipetik daripada labum terbarunya berjudul Rasa. Bersama iringan merdunya seruling sudah pasti membuai hadirin dalam limpah cahaya lampu yang remang-remang. Emosi penonton yang hanyut kini disegarkan dengan lagu Sejuta Wajah dan Hilang Gelap Terbitlah Terang.

“Bermula daripada pandemik hinggalah endemik kita semua seakan di uji, namun dalam ujian itu pasti ada nikmatnya. Buktinya pelbagai perkara kita dapat lakukan hinggalah lahirlah album Rasa”, ujar Datuk Ramli Sarip.

“Terima kasih yang lahir dari hati yang dalam buat anda semua yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada saya dan kerana andalah saya masih berada di sini”, tambahnya.

Panah Beracun kini menjadi santapan telinga hadirin lantas mengimbau nostalgia ketika lagu yang dirakamkan pada tahun 1985 ini berkumandang. Tampil bersama gitar akustiknya, beliau kembali membawa mood santai hadirin dengan lagu Kekasihku. Dunia Perlumbaan dan Batu nyata membuatkan para penonton tidak duduk senang lantas turut sama bernyanyi mengikut alunan melodi yang dipersembahkan.

Irama Kasih, sebuah lagi lagu daripada album Rasa dipersembahkan, diikuti dengan Doa Buat Kekasih, Istilah Bercinta, Adam Hawa, Ronggeng Rakyat dan Cinta Disebalik Musim. Energi peminat dan pemuzik di tingkatkan dengan aliran deras adrenalin, bersatu menerusi lagu Ribut 1059 dan Kamelia.

Bukan sekadar menghiburkan, Ramli dalam bicaranya sempat menyelitkan nasihat kepada hadirinagar tidak berlebih-lebihan dalam menggunakan nikmat yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa.

Suasana di dalam dewan senyap seketika, Datuk Ramli Sarip dikejutkan dengan nyanyian Selamat Hari Jadi daripada hadirin, kini menganjaklah usia pelantun vokal serak-serak basah yang dimiliki penyanyi kelahiran Singapura ke angka 70 tahun. Lebih istimewa hari ulangtahunnya turut di kongsi dengan anak beliau, Zaheera.

Saya merasa sungguh terharu dengn apa yang anda semua lakukan untuk saya, dan cukup bertuah mempunyai peminat seperti anda yang tidak lokek dengan doa yang tidak putus-putus untuk saya”, ujarnya usai memotong kek sumbangan LaCrista Hotel.

Hari ulangtahunnya turut di kongsi dengan anak beliau, Zaheera. Foto: Nazrul.

Suasana kemabli gamat dengan sorakan dan lontaran vokal daripada hadirin menerusi lagu Teratai, Zakiah dan Jangan Tunggu Lama-lama. Ternyata kehebatan yang ada pada legenda rock ini masih mampu memukau sesiapa sahaja yang menyaksikan persembahannya.

Persembahan beliau telah diiring oleh Soul Journey yang dibarisi oleh pemuzik berpengalaman Addy Rasidi (gitar), Din Safari (bass), Tom Annuar (drum), Mohar (seruling), Riduan Zalani (perkusi) dan Rozario Rasul (kibordis).

Selain Melaka, lokasi yang bakal dikunjungi Zepp Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Kuching, dan Grand Riverview Hotel di Kota Baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *