Noah Kembali Ke Malaysia November Ini
Kuala Lumpur
Oleh: Nazrul
Ini bukanlah kali pertama Noah mengadakan persembahan di Malaysia, Band yang dipolupori oleh Ariel ini pernah tampil dengan jenama NOAH pada tahun 2012, dimana ketika itu mereka beraksi di KL Life. Mereka kemudiannya tampil sekali lagi pada tahun 2017 di mana Stadium Negara menjadi saksi kehebatan Noah. Jika sebelum ini Noah ditunjanggi oleh 4 orang anggota, namun kini hanya trio yang terus memacu jenama NOAH iaitu Nazril Irham atau lebih terkenal dengan panggilan Ariel selaku “frontman” atau vokalis utama, Lukman Hakim atau Lukman selaku gitaris serta keyboardist tetap serta David Kurnia Albert Dorfel atau mesra dengan panggilan David.
Konsert anjuran Yolo Malaysia kali ini akan di adakan di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Nov nanti dan akan bermula pada jam 8.30 malam. Sebelum ini Yolo Malaysia telah menganjurkan konsert 3 Generasi yang mengimpunkan 3 artis iaitu XPDC, Noh Salleh dan Spider di atas satu pentas.
Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, rata-rata pengunjung yang hadir ketika konsert tempoh hari berpuas hati dengan persembahan ketiga-tiga ‘otai’ rock terbabit. Masing-masing memberikan persembahan yang memukau dan ‘all-out’ ketika malam konsert.
“Melihatkan sambutan positif di kalangan peminat muzik tempatan terhadap konsert-konsert yang kami anjurkan, maka pihak Yolo Malaysia sekali lagi tampil dengan konsert Noah”, ujar Haniff Hamzah selaku Penerbit Eksekutif Yolo Malaysia. Hamka Mohd Taufik selaku Penerbit Kreatif Yolo Malaysia menjelaskan bahawa kembalinya Noah di Malaysia adalah untuk mengubati kerinduan peminatnya seraya merasai pengalaman luar biasa ketika berada dekat dengan idola selama 90 minit tanpa henti dengan lagu-lagu hit mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik.
“Pada malam konsert nanti juga, 3 pemuzik profesional akan mengiringi persembahan Noah dan ada kejutan yang bakal dipersembahkan, jadi kalau hendak tahu apakah kejutan tersebut, kenalah hadir pada 12 November di Zepp KL nanti,” tambahnya lagi Pembeli tiket yang bertuah bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dan memukau dari Noah yang dijangka lebih ‘intim’ kerana itu merupakan pendekatan yang sering diterapkan oleh band ini ketika mengadakan persembahan.
“Sambutan terhadap pembelian tiket amatlah memberangsangkan, terima kasih kepada semua. Jadi buat sesiapa yang tidak mahu ketinggalan pada masa akan datang, jangan lupa untuk melakukan pra-pendaftaran di laman web YOLO Malaysia untuk tidak ketinggalan,” kata Haniff. Sejak kemunculannya selepas Peterpan pada tahun 2012, sehingga kini Noah sudah memiliki empat buah album bermula dengan ‘Seharusnya Aku’, ‘Second Chance’ (2014), ‘Sings Legends’(2016) dan Keterkaitan Keterikatan (2019)
Album ‘Second Chance’ telah mendapat sentuhan penerbit muzik antarabangsa Steve Lilywhite yang telah menerbitkan lebih 500 album termasuk nama nama besar seperti U2, Rolling Stones, Peter Gabriel dan Counting Crows.