‘KECEWA’ BONGKAR KISAH PERIBADI YONNYBOII

0

Damansara

Oleh: Saiful Amri Hakim

Selepas mencipta kejayaan manis dalam kategori Album Terbaik menerusi album Yonny  (Deluxe  Version) di Anugerah Industri Muzik (AIM)  ke-23 pada awal bulan ini,penyanyi hip hop, Yonnyboii tampil dengan single baharu berjudul KECEWA yang dilancarkan di kesemua platform digital pada 23 September 2022tepat jam12 tengah malam.Yonnyboii  atau  nama  sebenarnya  Muhammad  Haqeem  Nuriman Nor Azrin  berkata,

Kecewa  sudah menjalani proses rakaman  sejak  dua  tahun  lalu  namun baru  kini  dia  mengambil  keputusan  untuk melancarkannya.“Lagu KECEWA ini adalah  ciptaan  sepenuhnya  oleh  saya.  Lagu  ini  siap  dirakam  dalam  satu  malam saja ketika saya dapat inspirasi mengenai kisah masa lalu serta ada mengaitkan emosi orang lain yang mungkin pernah mengalami situasi kecewa.“Jujurnya  saya  hanya  mengambil  waktu  beberapa  jam  saja  untuk  menyiapkan  demo  lagu  ini.    Selepas setahun disimpan rapi saya baru menghantar demo lagu ini kepada syarikat rakaman, Def Jam Recordings Malaysia/Universal  Music Malaysia untuk  menjalani  proses  rakaman  yang  lebih  baik dan  menjalani penggambaran video muzik(MV)KECEWA.“Alhamdulillah penantian untuk melancarkan lagu ini akhirnya tercapai dan saya sangat teruja untuk menantikan maklum  balas  peminat  mengenai karya terbaharu  ini.  Saya  percaya  setiap  daripada  kita pernah mengalami fasa kecewa dalam hidup,” katanya.

Bagi  Yonnyboii, KECEWA membawa  pengertian  yang  cukup  mendalam  dalam  hidup  seseorang  selain mencabar diri membawakan lagu yangtidakpernah diterokai sebelum ini.“Ketika rakamkan lagu ini saya dapat rasakan kesedihannya. KECEWA adalah  satu  cerita  yang  saya  nak sampaikan kepada semua dan saya harap pendengar dapat memahami setiap bait-bait lirik lagu ini.“Saya cipta lagu ini khas buat semua pendengar. Tunjang utama lagu ini adalah hasil  perspektif sayaserta individu yang pernah meluahkan perasaan mereka kepada saya.“Sebagai  seorang  remaja  yang  membesar  dalam  keadaan  sukar dan mempunyai ‘darah  muda’ pasti mudah  beremosi kerana belum benar-benar memahami erti perasaan sehinggalah  ketika meningkat dewasa. Jadi melalui pengalaman itu terciptalah KECEWA,” katanya.

Biarpun KECEWA memberi maksud yang seakan-akan negatif, namun Yonnyboii berharap pendengar dan peminat dapat membuka minda dan jangan menghakiminya terlalu awal.“Saya berharap lagu ini dapat membuka minda para pendengar tentang topik yang dianggap sensitif. Saya hanya menyuarakan pendapat saya dan juga perasaan remaja remaja di luar sana, kita semua ada sesuatu untuk diceritakan dan ini adalah satu cerita yang saya cipta untuk semua orang dengar. Saya juga harap lagu ini akan distrim dan didengari ramai,” katanya.

Menyentuh mengenai video muzik KECEWA yang bakal dilancarkan pada 4 Oktober ini di saluran YouTube Yonnyboii,  jejaka  berusia 24 tahun  itu  berkata, dia berasa bertuah apabila dapat kembali  bekerjasama dengan individu yang pernah menghasilkan video muziknya sebelum ini.“Proses rakaman MV ini sangat seronok sebab saya dah selalu bekerja dengan pengarah MV ini iaitu Thaqif Saadon. Kebanyakkan MV saya  seperti  Salahku  dan Aku Itu Aku adalah hasil kerja Thaqif. Untuk MV KECEWA kami berbincang bersama-sama daripada sudut idea dan bertukar pendapat.

Proses penggambaran juga berjalan dengan mudah dan cepat. Malah kebanyakan babak yang dilakukan hanya dilakukan sekali saja.“Selain itu, menerusi MV ini juga saya dapatberkenalan  dengan pelakonyang  terbabit dalam MV ini seperti “Yonny  kecil” dan  juga  yang  melakonkan  watak  ibu  bapa saya dalam MV itu. Sebelum penggambaran dimulakan kami saling berkenalan supaya dapat memudahkan perjalanan penggambaran dan memahami jalan cerita MV ini.“Saya juga ingin berterima kasih kepada barisan pelakon kerana mereka banyakmemberi  tunjuk ajar mengenai cara menjiwai watak lebih mendalam, maklumlah saya tak berapa pandai berlakon,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *