‘MESKI’ MENJADI INSPIRASI EZAD DAN NANA DIKALA MEREKA MELALUI MASALAH KESIHATAN
![]() |
Nana dan Ezad berharap lagu ini, semoga ia dapat menjadi pembakar semangat cinta dengan keredhaan, |
dan semoga ianya membuka ruang komunikasi yang baik dan mendalam tentang kematian. Foto: Azuddin Ahmad Zin.
Kuala Lumpur, 03 Ogos 2022-Kolaborasi antara penyanyi Ezad Lazim dari Malaysia dan juga Nana Karia dari Singapura. Walaupun dalam suasana pandemik yang menyekat pergerakan sempadan antara kededua negara, rakaman lagu ‘Meski’ hasil ciptaan Jaybon Osman dan lirik tulisan Nana Karia sendiri, berjaya dirakam dengan kerjasama Ada Exists Studio yang bertempat di Bandar Sri Damansara dan juga Studio 47 dari Woodlands, Singapura.
![]() |
Ketika sesi sidang media. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
![]() |
Nana Karia, Ezad Lazim ketika melancarkan ‘single’ MESKI. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Malah, Ezad Lazim dan Nana Karia tidak pernah bersua muka sewaktu rakaman dari titik permulaan hinggalah di saat kawalan sempadan dilonggarkan dan mereka ditemukan dalam satu wawancara podcast buat lagu ‘Meski’. Namun keserasian vokal antara dua penyanyi berpengalaman ini memang tidak dapat dinafikan. ‘Meski’ yang dititip bagai suatu doa buat orang-orang tersayang, membawa erti yang sama buat Ezad dan Nana, namun kedua-dua nya melalui pengalaman masalah kesihatan yang berbeza sekaligus dijadikan inspirasi buat ‘Meski’.
![]() |
Jaybon Osman (kiri) selaku pencipta lagu, Nana Karia, Ezad Lazim dan Amiruddin Karim selaku Penerbit Bersama. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Harapan mereka buat lagu ini, semoga ia dapat menjadi pembakar semangat cinta dengan keredhaan, dan semoga ianya membuka ruang komunikasi yang baik dan mendalam tentang kematian. Nukilan : Soulitaire Productions.