Selangor Xtiv Esports 2022-para ibu bapa dan guru-guru percaya kerajaan Selangor mengiktiraf sukan ini.
![]() |
YB. MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN melancarkan Selangor Xtiv Esports 2022 bersempena Hari Selangor Bersukan. Foto: Azuddin Ahmad Zin. |
Sg Buloh.
Oleh: Norazni
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan menganjurkan program Selangor Xtiv Esports 2022 bersempena Hari Selangor Bersukan pada 8 dan 9 Oktober 2022 bertempat di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.
Penganjuran program esports pada kali ini memfokuskan kepada permainan Player Unknown Battlegrounds (PuBG), permainan konsol PlayStation 4 (PS4) dan permainan simulasi Roblox yang khusus untuk kategori bawah 12 tahun. Program ini telah menerima hampir 2,000 penyertaan yang terdiri daripada belia dan juga para penggiat sukan elektronik serta menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM 24,000.
Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk terus mendekati para belia dengan menumpukan kepada penganjuran program sukan elektronik yang semakin mendapat sambutan masa ini. Inisiatif ini adalah bertujuan memastikan akar umbi tidak ketinggalan merasai pembangunan sukan, di samping, merealisasikan matlamat melahirkan pasukan-pasukan professional yang akan mewakili Negeri Selangor dalam kejohanan-kejohanan besar esports pada masa akan datang.
Melalui penganjuran program ini, diharapkan para belia di Negeri Selangor terus kekal aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang dapat membangunkan kapasiti diri mereka dan dijadikan satu peluang untuk menonjolkan bakat dan kreativiti yang mampu mengangkat mereka sebagai atlet pelapis esports Negeri Selangor kelak.
Ditanya mengenai penganjuran program esports di daerah-daerah lain, YB menjawab..“apabila dianjur, para ibu bapa dan guru-guru percaya kerajaan Selangor mengiktiraf sukan ini samada untuk sukan atau profesen, hari ini merupakan edisi kedua dan kita kan terus menerus mengadakan program ini di daerah-daerah luar bandar..In Sya Allah..saya mahu di masa akan datang e sports ini mengembalikan kejayaan di SUKMA dan Emas yang akan dikembalikan adalah E game ini.”.